Tuesday, May 26, 2015

THN 5 TAJUK 1: RANGKAIAN KOMPUTER

TMK TAHUN 5 TAJUK 1 : SISTEM RANGKAIAN & DUNIA INTERNET



UNIT 1.0 : RANGKAIAN KOMPUTER





APA ITU RANGKAIAN KOMPUTER?








DEFINISI RANGKAIAN KOMPUTER





Rangkaian komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan CD-ROM), berkongsi fail, dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.




KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN






2.1 Berkongsi fail

Perkongsian fail dalam rangkaian  komputer memberikan kita lebih banyak manfaat dan kebaikan . Kita boleh menggunakan rangkaian untuk berkongsi salinan data penting kita pada computer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.


2.2 Berkongsi peranti
Di dalam rangkaian computer peranti seperti pencetak laser, mesin faks, modem, pengimbas dan pemain CD-ROM boleh dikongsi oleh ramai pengguna.

2.3 Berkongsi akses internet
Pengguna boleh mengakses internet secara serentak dalam rangkaian komputer.


2.4 Berkongsi Perisian
Dalam rangkaian, semua perisian boleh dipasang di dalam sebuah komputer yang dipanggil server. Ini menjimatkan masa, tenaga dan kos.


2.5 Mel Elektronik
Membolehkan pengguna menghantar e-mel dari satu pengguna kepada pengguna yang lain.


2.6 Memindahkan fail
Rangkaian boleh memudahkan pemindahan fail dari satu komputer ke komputer yang lain.


RANGKAIAN WAYAR & TANPA WAYAR



1) RANGKAIAN BERWAYAR


I) Rangkaian wayar setempat [Local Area Network (LAN)]

>>kumpulan komputer dan peranti rangkaian  yang disambung bersama-sama di dalam bangunan yang sama (contoh: rumah dan pejabat)

>>Bentuk termudah LAN: dua komputer berhubung menerusi wayar


II) Rangkaian Kawasan Luas [Wide Area Network (WAN)]

>>rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang digunakan untuk menymbungkan komputer berada di lokasi yang berbeza (contoh: negeri, negara atau benua)

>>WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit

>>INTERNET ialah WAN yang paling besar dan terkenal

2) RANGKAIAN TANPA WAYAR (WIRELESS)


I) Rangkaian wayar dan tanpa wayar



Wi-Fi (wireless fidelity) adalah satu set standard yang merujuk kepada Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar yang menggunakan spesifikasi IEEE 802,11.


>>Merupakan pemindahan maklumat antara satu titik ke titik lain yang tidak berhubung secara fizikal

>>Terdapat hubungan berjarak dekat (selang beberapa meter sahaja) atau ada yang berjarak jauh

>>Wifi merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar (broadband), titik capaian (access point) dan kad Wifi yang di-install di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi dail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa



CONTOH-CONTOH PERALATAN KOMPUTER YANG MEMPUNYAI KEMUDAHAN RANGKAIAN TANPA WAYAR (WiFi)



Contoh-contoh lain:




1 comment:

  1. Las Vegas' Wynn Casino - JTM Hub
    Casino. Wynn is a $4 billion resort with four hotel 출장안마 towers with 5,750 rooms and suites. Each of the hotel towers kadangpintar includes a poormansguidetocasinogambling 20,000 ventureberg.com/ square foot https://septcasino.com/review/merit-casino/ casino and a

    ReplyDelete