Wednesday, May 27, 2015

BINA SISTEM PANGKALAN DATA

DUNIA PANGKALAN DATA BAHAGIAN 3


PENGENALAN PANGKALAN DATA


Maksud Pangkalan Data = koleksi / sekumpulan data yang saling berkaitan yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan maklumat sesuatu organisasi sebagai rujukan penuh

DATA = fakta asas mengenai objek (benda hidup/bukan hidup), tempat, peristiwa atau konsep. Ia tidak memberi sebarang makna apabila digunakan secara bersendirian

MAKLUMAT = terdiri daripada data yang telah diproses dan memberi makna kepada pengguna

BAGAIMANA CARA BINA PENGKALAN DATA?

LANGKAH - LANGKAH MEMBINA PENGKALAN DATA

MULA: Langkah untuk lancarkan Microsoft Access selepas komputer dibuka

Klik Start >> All Program >> Microsoft Office  >>  Microsoft Access

*selepas program Microsoft Access dilancarkan, paparan yang ditunjukkan pada skrin seperti berikut:

1) Pastikan fungsi "New" bertanda merah

2) Klik "Blank Database"

3) Edit, padam dan gantikan perkataan "Database" kepada nama fail yang dikehendaki

3.i) Klik "Create" setelah selesai menamakan fail


4) Klik "View"

5) Pilih dan klik "Design View"


6) Padam, edit dan namakan jadual yang ingin dibina

7) Klik "OK"


8) Lajur "Field Name" berfungsi untuk menaip-masuk data (input) dikehendaki

8.i) Contoh-contoh senarai butiran data yang ingin dimasukkan dalam jadual

9) Lajur "Data Type" berfungsi untuk menetapkan jenis dan bentuk data yang ingin dimasukkan

9.i) Apabila di-klik, terdapat senarai untuk memilih jenis dan bentuk data yang ingin ditetapkan dalam lajur "Data Type"

10) Setelah lengkap menaip-masuk data, klik "View"

11) Seterusnya klik "Datasheet View"

12) Paparan jadual akan bertukar seperti yang ditunjukkan pada no.12, data-data yang ditaip-masuk sebelum ini akan berada pada kedudukan lajur

12.i) Ruangan baris kosong yang akan digunakan untuk mengisi maklumat dikehendaki



No comments:

Post a Comment