Maksud Pangkalan Data=koleksi / sekumpulan data yang saling berkaitan yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan maklumat sesuatu organisasi sebagai rujukan penuh
DATA = fakta asas mengenai objek (benda hidup/bukan hidup), tempat, peristiwa atau konsep. Ia tidak memberi sebarang makna apabila digunakan secara bersendirian
MAKLUMAT = terdiri daripada data yang telah diproses dan memberi makna kepada pengguna
BAGAIMANA CARA BINA PENGKALAN DATA?
LANGKAH - LANGKAH MEMBINA PENGKALAN DATA
MULA: Langkah untuk lancarkan Microsoft Access selepas komputer dibuka
Klik Start >> All Program >> Microsoft Office >> Microsoft Access
*selepas program Microsoft Access dilancarkan, paparan yang ditunjukkan pada skrin seperti berikut:
1) Pastikan fungsi "New" bertanda merah
2) Klik "Blank Database"
3) Edit, padam dan gantikan perkataan "Database" kepada nama fail yang dikehendaki
3.i) Klik "Create" setelah selesai menamakan fail
4) Klik "View"
5) Pilih dan klik "Design View"
6) Padam, edit dan namakan jadual yang ingin dibina
7) Klik "OK"
8) Lajur "Field Name" berfungsi untuk menaip-masuk data (input) dikehendaki
8.i) Contoh-contoh senarai butiran data yang ingin dimasukkan dalam jadual
9) Lajur "Data Type" berfungsi untuk menetapkan jenis dan bentuk data yang ingin dimasukkan
9.i) Apabila di-klik, terdapat senarai untuk memilih jenis dan bentuk data yang ingin ditetapkan dalam lajur "Data Type"
10) Setelah lengkap menaip-masuk data, klik "View"
11) Seterusnya klik "Datasheet View"
12) Paparan jadual akan bertukar seperti yang ditunjukkan pada no.12, data-data yang ditaip-masuk sebelum ini akan berada pada kedudukan lajur
12.i) Ruangan baris kosong yang akan digunakan untuk mengisi maklumat dikehendaki
TMK TAHUN 5 TAJUK 1 : SISTEM RANGKAIAN & DUNIA INTERNET
UNIT 1.0 : RANGKAIAN KOMPUTER
APA ITU RANGKAIAN KOMPUTER?
DEFINISI RANGKAIAN KOMPUTER
Rangkaian komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan CD-ROM), berkongsi fail, dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN
2.1 Berkongsi fail
Perkongsian fail dalam
rangkaian komputer memberikan kita lebih banyak manfaat dan kebaikan .
Kita boleh menggunakan rangkaian untuk berkongsi salinan data penting kita pada computer
yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.
2.2 Berkongsi peranti
Di
dalam rangkaian computer peranti seperti pencetak laser, mesin faks, modem, pengimbas
dan pemain CD-ROM boleh dikongsi oleh ramai pengguna.
2.3 Berkongsi akses internet
Pengguna
boleh mengakses internet secara serentak dalam rangkaian komputer.
2.4 Berkongsi Perisian
Dalam
rangkaian, semua perisian boleh dipasang di dalam sebuah komputer yang dipanggil
server. Ini menjimatkan masa, tenaga dan kos.
2.5 Mel Elektronik
Membolehkan
pengguna menghantar e-mel dari satu pengguna kepada pengguna yang lain.
2.6 Memindahkan fail
Rangkaian
boleh memudahkan pemindahan fail dari satu komputer ke komputer yang lain.
RANGKAIAN WAYAR & TANPA WAYAR
1) RANGKAIAN BERWAYAR
I) Rangkaian wayar setempat [Local Area Network (LAN)]
>>kumpulan komputer dan peranti rangkaian yang disambung bersama-sama di dalam bangunan yang sama (contoh: rumah dan pejabat)
>>Bentuk termudah LAN: dua komputer berhubung menerusi wayar
II) Rangkaian Kawasan Luas [Wide Area Network (WAN)]
>>rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang digunakan untuk menymbungkan komputer berada di lokasi yang berbeza (contoh: negeri, negara atau benua)
>>WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit
>>INTERNET ialah WAN yang paling besar dan terkenal
2) RANGKAIAN TANPA WAYAR (WIRELESS)
I) Rangkaian wayar dan tanpa wayar
Wi-Fi (wireless fidelity) adalah satu set standard yang merujuk kepada Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar yang menggunakan spesifikasi IEEE 802,11.
>>Merupakan pemindahan maklumat antara satu titik ke titik lain yang tidak berhubung secara fizikal
>>Terdapat hubungan berjarak dekat (selang beberapa meter sahaja) atau ada yang berjarak jauh
>>Wifi merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar (broadband), titik capaian (access point) dan kad Wifi yang di-install di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi dail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa
CONTOH-CONTOH PERALATAN KOMPUTER YANG MEMPUNYAI KEMUDAHAN RANGKAIAN TANPA WAYAR (WiFi)